Feb 21, 2009

punya siapa & siapa apa?

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Innalillahi wa inna ilahi raajiun...DariNYA kita datang & kepadaNYA kita kembali...ayat keramat yg bukan semata2 bila bersabitnya kematian terbitnya...lihat dari semua sudut...kalau kita rasa betapa besarnya kedudukan kita, kayanya kita, berjayanya kita, berkuasanya kita....rasanya mana datangnya semua itu?...mana penghabisannya semua ini?...maka siapa yg berpegang pada paksiNya, pada jalanNya..yg diperolehinya walau banyak maupun sedikit...pasti janjiNya adalah yg terbaik...siapa yg tidak...maka kedapatannya itu walau seluruh isi dunia harta & kuasanya...maka sia2 lah...kerana kurnia itu hanya kurnia yg tiada padanya keredhaan Allah SWT......

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,
“Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah S.W.T.” (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan Baihaqi)

nota:istidraj

Wallahu'alam....yg baik itu hanya milik mutlakNya...yg buruk lagi lemah itu semestinya kita hambaNya yg hina lagi kerdil....