May 8, 2008

Kenangan Yang Menjengah DI TIngkap Memori Ku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Aku mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim. Pernah tak anda semua tiba-tiba teringatkan perkara @ kejadian yang pernah berlaku dalam hidup anda?...dalam erti kata lain 'flashback'...

Untuk aku mulakan blog ni itulah yang berlaku...berundur hampir 10 tahun yang lalu...masih terpacak dalam ingatan masa-masa gumbira & pahit aku serta rakan-rakan seperjuangan sama-sama bersusah payah, memerah otak, berperang dengan soalan-soalan mantap SPM tahun 1998...Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak...betapa rapat ukhuwah antara kami, sehingga kini masih berhubungan, bermain futsal bersama, kerja bersama, bisnes bersama, dakwah bersama...namun menceritakan waktu ketika itu, yang menjadikan kami rapat adalah kerana hampir 80% daripada kami menetap di asrama sekolah & menjelang musim SPM, hampir semua colan-colan SPM menetap di asrama...


roommates aku di asrama
(asrama kabin, siang panas membara..malam sejuk membeku)

kamera letak atas ironing-board..skill beginner lagi..heee


Hari terakhir SPM 1998 (8 Disember 1998)...Subjek Biologi merupakan subjek yang terakhir dalam kalendar SPM 1998 di sekolah ku...memandangkan aku antara yang terlibat dalam editorial majalah sekolah, kamera ku bawa untuk merakamkan detik-detik kenangan hari bersejarah...dengan beban subjek Biologi yang boleh dikatakan susah, kami sempoi ayam mengadakan sesi bergambar tanpa had...& gambar di bawah merupakan antara detik-detik yang takkan aku lupakan sehingga ke akhir hayat...


menunggu saat masuk exam Biologi...aku belakang sekali..heee


Seperti dirancang, hari berikutnya kami beramai-ramai berkonvoi ke air terjun Lentang (di Karak Highway tu)...semata-mata nak meraikan berakhirnya peperiksaaan yang paling penting waktu sekolah menengah...satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan, bagaimana aku membonceng motor rakanku bersama-sama menaiki motor Kriss mendaki Genting Highlands semata-mata untuk mendapatkan kunci rumah daripada ayahku yang sedang bercuti di situ bersama ahli keluarga yang lain...kalau takda kunci rumah nanti, macam mana nak balik rumah..ye dok...macam biasa, waktu bergumbira kita harus bergumbira...gambar kenangan di air terjun Lentang masih sihat terpelihara...


ukhuwah terpahat kukuh....

sorilah kalau bahasa skema sikit...for special memories macam ni...bagi aku, perlu untuk skema...heee